LATEST NEWS

4 Pertimbangan Sebelum Beli Air Cond

#1 Pastikan anda sudah mengambil ukuran ruang / bilik dengan tepat. berikan ukuran per square feet kepada kedai-kedai Air Cond atau kontraktor pemasangan dan pastinya infor ini sudah cukup untuk mereka membantu anda medapatkan Btu dan nilai HP yang sesuai untuk ruang anda.

#2 Pilihlah jenama yang biasa kita dengar di dalam Malaysia kerana aplikasi dan kualiti pastinya sudah terbukti. Antara lain ia sudah semestinya memudahkan anda untuk mendapatkan alat ganti jika berlaku sebarang kerosakan dikemudian hari. 

#3 Sesuaikan mengikut keperluan dan keinginan anda. Jika mahukan penjimatan elektrik pilihlah penyaman udara jenis inverter dan jika mahukan penapisan udara yang optimum anda sebenarnya mempunyai banyak pilihan yang ada dalam pasaran Malaysia.

#4 Caj pemasangan yang diambil juga harus diambil kira, dapatkan harga semasa dan jangan terlalu ghairah untuk mendapatkan khidmat yang murah, utamakan kualiti pemasangan kerana ia bakal memberi kesan jangka masa panjang. Selain itu, kos selenggara juga harus diberi tumpuan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *