LATEST NEWS

5 Sebab Kenapa Air Cond Anda Tak Sejuk

#1 Gagal mengenalpasti kapasiti yang cukup untuk ruang yang ingin disejukkan adalah antara kesalahan asas yang dilakukan kebanyakan pengguna pada peringkat awal pembelian unit hawa dingin. Sifirnya mudah, ambil ukuran sq.ft. / kaki persegi ruang anda. Sebagai contoh untuk bilik utama, ambil ukuran keseluruhan bilik (Panjang x Lebar x Tinggi Bilik), samada diambil dalam unit kaki persegi, meter persegi atau inci sekalipun anda sebenarnya sudah mempunyai info yang cukup untuk diberitahu kepada kedai-kedai jualan Air Cond mahupun kontraktor pemasangan Air Cond untuk mereka mendapatkan nilai BTU/hr dan HP yang sesuai untuk ruang anda.

#2 Berikan ruang dan masa untuk anda sekurang-kurang nya memeriksa Penapis Udara /Air Filter anda sebulan sekali. Ianya tidaklah terlalu teknikal bahkan lebih mudah dari yang anda sangkakan, buka sahaja cover depan Indoor Unit anda dan disitu anda dapat lihat Penapis Udara anda, bawa keluar, cuci sebaik mungkin dan pasangkan kembali pada unit. Kami yakin proses ini paling lama mengambil masa hanya 15 minit sahaja. Ingat, jangan sampai berpanas dan memanggil kontaktor servis sebagai langkah mudah, walhal punca kepanasan unit penyaman udara anda cuma pada Penapis Udara yang kotor sahaja.

#3 Masalah pemasangan juga antara faktor yang menyebabkan unit hawa dingin anda gagal memberikan penyejukan yang optimum. Ketika pemasangan dilakukan, pastikan anda ada bersama kontraktor untuk menilai kualiti pemasangan yang mereka berikan. Tumpukan lebih perhatian pada pemasangan Outdoor unit, pemasangan Copper Tube / Tiub Gas Penyejuk dan juga pemasangan Drain Pipe / Paip Buang yang berfungsi untuk menyingkirkan air dari unit Indoor. Outdoor unit mestilah diletakan ditempat yang mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak terlindung, tiub gas penyejuk mestilah utuh dan tiada kebocoran berlaku dan paip buang pula mestilah berfungsi dengan baik, tiada kebocoran mahupun tersumbat serta dipasang dalam pola menurun.

#4 Sering kali berlaku masalah penyejukan pada Air Cond yang disebabkan oleh kebocoran tiub gas penyejuk / refrigerant copper tubing. Kebocoran ini walaupun kecil sebenarnya menjadi punca utama mengapa tiada penyejukan berlaku pada ruang anda. Udara yang dilepas tarik oleh unit Indoor anda melalui satu proses berulang yang sebenarnya hanya membuang bil elektrik anda. Tiada penyejukan dapat dibuat kerana coil-coil penyejuk sudah tiada bendalir yang ditugaskan untuk menyejukan mereka. Udara yang ditarik melalui coil-coil ini sudah pastinya kurang ataupun langsung tidak sejuk disebabkan tiada elemen penyejukan lagi pada coil-coil tersebut. Lebih parah, kesan kebocoran akan merosakan unit Compressor secara total.

#5 Terkait dengan item no.4, Compressor adalah salah satu parts utama yang bakal membuatkan anda pening kepala jika ia mengalami kerosakan, kos nya agak mahal berbanding parts yang lain. Banyak faktor yang menyebabkan kerosakan compressor namun kerosakan ini lazimnya berlaku disebabkan tiada gas penyejuk dalam sistem compression dan tiada sistem bendalir / lubrication yang cukup. Jadi pastikan kontraktor anda memeriksa tekanan gas sebelum dan selepas servis serta cari jika ada kebocoran gas dimana-mana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *